Sinopsis Kerana Cintaku Saerah

Falsafah cinta ada mengatakan, cinta tidak semestinya bersatu dan cinta itu boleh berubah dalam sekelip mata. Drama ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Jibek (lakonan Benjy) yang mengalami penyakit di mana sel-sel dalam otaknya lemah dan kesannya Jibek menjadi lembab pemikiran di zaman remaja. Ketika zaman kanak-kanak, Jibek yang masih normal ketika itu menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan Jibek berkawan rapat dengan Saerah (lakonan Umie Aida). Mereka berjanji untuk mendirikan rumahtangga dan berkongsi hidup setelah dewasa. Namun, setelah Jibek mengalami penyakit otak, Saerah berubah fikiran dan cintanya bukan lagi buat Jibek. Namun, berlainan pada Jibek yang masih lagi berpegang pada janjinya untuk menjadikan Saerah sebagai isteri. Namun takdir menentukan segalanya. Satu kejadian tragis menimpa Saerah di mana Saerah telah terlanjur melakukan penzinaan dengan seorang pemuda bernama Mustaza (lakonan Ezani). Menyedihkan lagi bagi Saerah kerana Mustaza tidak menyintainya dan meninggalkan Saerah yang menghamilkan anak luar nikah. Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, ibu Saerah (Wan Maimunah) telah memaksa Saerah berkawin dengan Jibek. Atas dasar keterpaksaan, Jibek dan Saerah pun berkahwin dan melahirkan seorang anak hasil dari persetubuhan dengan Mustaza. Malang bagi Jibek apabila Saerah lari ke Kuala Lumpur tanpa pesan sejurus selepas habis pantang. Di Kuala Lumpur, Saerah berjaya mendapat pekerjaan dan lupa untuk pulang ke kampung melihat anak, suami dan ibunya.